Sunday, 5 June 2011

Pengenalan Motif Maju Enterprise

Motif Maju Enterprise sebuah syarikat 100% bumiputra. Motif Maju Pakar membina Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Sistem Fertigasi.




MME mempunyai tenaga kerja mahir yang mampu membangunkan sistem fertigasi untuk keperluan individu ataupun sesebuah badan kerajaan/swasta. Kepakaran MME dalam membangunkan sistem fertigasi ini telah diperakui oleh MARDI dan Jabatan Pertanian Malaysia.
Apa Itu Sistem FERTIGASI ?
Sistem Fertigasi ialah sistem penyaluran baja ke dalam sistem pengairan.
Apa Itu Sistem Pengairan ?
Merupakan satu sistem untuk membekalkan air kepada tumbuhan pada bila-bila masa.

Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya :

  • Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System )
  • Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System )
  • Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System )
Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat ini. 
Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter sejam ( 2 LPH). Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah. 


GAMBARAJAH SISTEM PENGAIRAN TITIS


CARA SISTEM BERFUNGSI

Wednesday, 11 May 2011

Pendahuluan

MOTIF MAJU ENTERPRISE (MME) 

Adalah sebuah syarikat 100% Bumiputra, telah di tubuhkan pada September 2000. Pada peringkat awal penubuhan MME, perniagaan utamanya adalah membuat kerja-kerja kimpalan logam seperti membuat grill, pagar, awning, membaiki badan lori dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
Pada masa yang sama juga syarikat turut menjalankan perniagaan Insuran Am (Kurnia Insurans) yang meliputi insuran kenderaan, pekerja, liabiliti awam, kemalangan diri serta menyediakan perkhidmatan urusan di JPJ dan PUSPAKOM.
MME mempunyai bengkel pembuatannya sendiri yang telah dilengkapi kemudahan peralatan-peralatan yang diperlukan. Dengan 100% tenaga pekerja mahir tempatan  yang mencukupi, MME telah berjaya menyempurnakan beberapa projek yang di beri oleh Jabatan Kerajaan mahupun Syarikat Persendirian. Syarikat juga merupakan pakar dalam bidang pembuatan  Solar Drying House (SDH) serta Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang telah diperakui oleh Jabatan Pertanian Malaysia.