MOTIF MAJU ENTERPRISE (MME)
Adalah sebuah syarikat 100% Bumiputra, telah di tubuhkan pada September 2000. Pada peringkat awal penubuhan MME, perniagaan utamanya adalah membuat kerja-kerja kimpalan logam seperti membuat grill, pagar, awning, membaiki badan lori dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
Pada masa yang sama juga syarikat turut menjalankan perniagaan Insuran Am (Kurnia Insurans) yang meliputi insuran kenderaan, pekerja, liabiliti awam, kemalangan diri serta menyediakan perkhidmatan urusan di JPJ dan PUSPAKOM.
MME mempunyai bengkel pembuatannya sendiri yang telah dilengkapi kemudahan peralatan-peralatan yang diperlukan. Dengan 100% tenaga pekerja mahir tempatan yang mencukupi, MME telah berjaya menyempurnakan beberapa projek yang di beri oleh Jabatan Kerajaan mahupun Syarikat Persendirian. Syarikat juga merupakan pakar dalam bidang pembuatan Solar Drying House (SDH) serta Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang telah diperakui oleh Jabatan Pertanian Malaysia.